expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 26, 2017

SOLAT SUNAT DAN KEPENTINGANNYA

Solat Sunat dan Kepentingannya
Solat sunat ialah solat yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, samaada solat itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang. Solat sunat ini juaga dikenali dengan solat "nafilah" atau solat "tathawwu" iaitu solat yang tidak wajibkan dikerjakannya. Siapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa. Namun ia mempunyai pelbagai kelebihan yang sangat besar. Solat sunat adalah jauh lebih banyak daripada solat fardhu. Kalau solat fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari, tetapi solat sunat tidak ada hadnya. Pada zaman dahulu, ramai pra sahabat yang mengerjakan solat sunat sehingga beratus-ratus rakaat banyaknya. Antara contoh solat sunat ialah solat Istisqa', solat Kusuf, solat terawih, Solat taubat, solat tasbih dan lain-lain lagi. Selain daripada kepentingan atau tujuan khusus, kepentingan solat sunat secara amnya ialah:


1. Melengkapkan kekurangan didalam solat fardhu
Kita tidak dapat nafikan bahawa kita masih banyak lalai didalam solat. Solat kita begitu jauh bezanya daripada solat para sahabat dan orang soleh dahulu, apalagi hendak dibandingkan dengan solat Rasulullah SAW sendiri apabila anggota lahir kita solat, akal dan hati kita tidak turut sama. Kadang kala, bermacam-macam perkara dunia yang kita ingat didalam solat. Lebih malang lagi, kalau kita boleh terfikirkan perkara yang berbentuk maksiat ketika didalam solat. Solat seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain, ia sudah koyak rabak. Berlubang disana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima solat seperti itu. Samalah seperti kita hendak memberikan hadiah kepada seseorang, sudah tentulah dia tidak mahu menerima hadiah kain yang sudah koyak rabak. kalau pun diterima untuk menjaga hati kita, dia pasti akan membuangkannya sebaik kita sudah pergi. Untuk menampung kekurangan ini, maka kita perlu lakukan solat sunat.





Solat sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan didalam solat fardhu. Ibarat kain yang sudah koyak kenalah ada kain yang lain untuk menampal kain yang sudah koyak itu. Ia tidak boleh ditampal dengan keras atau plaster. Jesteru itu, ia mesti ditumpang dengan solat sunat, bukan amalan sunat yang lain. Setidak-tidaknya, bila sudah ditampal dengan baik kain itu masih boleh digunakan, walaupun ia tidak akan menjadi sebaik kain yang sememangnya elok dan tidak koyak.

Solat yang fardhu tetap tidak disempurnakan dengan solat sunat, maka orang itu tetap dikira berdosa. dan balasannya ialah neraka. Untuk mengelakkan dari siksaan nereka, maka bagi kita yang solat fardhu kita masih belum sempurna, hendaklah membanyakkan solat sunat. Begitu pula puasa sunat dapat menyempurnakan puasa wajib yang tidak sempurna, sedekah dan derma untuk menyempurnakan zakat yang tidak lengkap, umrah untuk menyempurnakan haji yang cacat dan seterusnya. Mengikut kaedah fekah, seseorang yang amalan wajibnya tidak sempurna, maka amalan sunatnya bukan lagi sunat tetapi menjadi wajib aradhi (wajib mendatang). Sebab ia boleh menyempurnakan amalan yang wajib. Tetapi hukum ini tidak boleh diisytiharkan kerana kita tidak tahu siapakah yang amalan fardhunya tidak sempurna Allah sahajalah yang mengetahui dan dia nanti akan menemtukan siapakah yang amalan sunatnya sudah jatuh wajib atau sebaliknya. Tetapi, kalau kita rasa yang solat fardhu kita banyak cacat dan cela maka kita harus merasakan sudah menjadi wajib bagi kita melakukan sembahyng sunat. Dengan ini, kita tidak boleh meringan-ringankan solat sunat. Sebaliknya, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendirikannya.

2. Menjadi benteng kepada solat fardhu

Yang dimaksudkan solat sunat menjadi benteng kepada solat fardhu ialah seorang yang selalu solat sunat akan lebih sukar meninggalkan solat fardhu berbanding seseorang yang hanya melakukan solat fardhu sahaja. Kalau dia terlalu sibuk paling tinggi dia hanya akan mengorbankan solat sunatnya, tidaklah sampai mengorbankan solat fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan solat fardhu, dia mungkin akan mudah mengorbankan solat fardhunya ketika dia terlalu sibuk.

Petikan Dari #syifasunnah

No comments:

Post a Comment