expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 24, 2017

INFO: 10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR

10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.


Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. Oleh itu, ia digunakan sebagai salah satu cara untuk merosakkan rumahtangga seseorang.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir adalah sebagaimana dibawah:
  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
  10. Dalam sesetengah kes, orang yang terkena sihir dikatakan tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan seks di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan.



Semoga kita semua dijauhi dari gangguan Jin, Saka, Sihir & Santau. Teruskan mandian bidara ini dengan konsisten, Insyaallah Allah akan lindungi kita dari gangguan. Paling penting kembali padanya, kerana Allah sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit.

Rawat keluarga anda sebelum parah.

No comments:

Post a Comment