expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 24, 2017

TIPS: TANDA-TANDA KENA SANTAU, SIHIR & SAKA


Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan “buatan orang”,walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?


Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama. 

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.





Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa. Amalkan zikir al-Mathurat sebagai pendinding diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a’lam

Tanda-Tanda Kena Santau
  1. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid (wanita)
  2. Sakit dibawah tulang kipas
  3. Sakit dibawah punggung
  4. Batuk yang berterusan
  5. Bermimpi binatang yang menakutkan
  6. Sesak nafas
  7. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
  8. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
  9. Daya ingatan berkurangan
Tanda-tanda seseorang yang mempunyai Saka
  1. Sukar tidur
  2. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
  3. Ketawa dan menangis ketika tidur
  4. Pening kepala
  5. Malas dan lesu
  6. Lenguh-lenguh sendi
  7. Pemarah dan terlalu emosi
Tanda-tanda sihir pendarahan
Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit. (darah istihadah)

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)
  1. Cakap merapu
  2. Fikiran bingung
  3. Sentiasa resah gelisah
  4. Tidak menjaga kebersihan diri
  5. Gemar bersendirian
  6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
Soalan : Ustaz.saya nak tanya apakah tanda-tanda orang yang terkena sihir atau santau?
Jawapan:Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:
  1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
  2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
  3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
  4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
  5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
  6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
  7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
  8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
  9. Selalu sakit kepala
  10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
  11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung
Petikan Dari : #syifafunnah

No comments:

Post a Comment